Isnin, 17 November 2008

Al quran sumber utama kpd sains?

Besi berasal dari mana?

Dalam satu ceramah yang dibentangkan oleh profesor Armstrong, seorang saintis di NASA, beliau menjelaskan segala unsur besi, tembaga dan logam tidak dihasilkan oleh bumi. Ini adalah kerana tenaga yang ada dalam sistem solar ( matahari ) tidak mencukupi untuk mewujudkan unsur - unsur ini. Mengikut pendapatnya unsur ini mempunyai kekuatan yang hebat, maka tenaga yang diperlukan untuk menghasilkannya harus mempunyai empat kali lebih banyak daripada tenaga solar. Rumusan beliau ialah besi tidak mungkin berasal bumi atau dari kawasan luar daripada sistem suria. Jadi dari mana asalnya unsur besi, tembaga dan logam ini ?

renungkan apa yang ada dalam Al-Quran

" Dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang sangat hebat dan memberi berbagai manafaat kepada manusia, supaya mereka menggunakannya "

Surah Al-Hadid, 57:25

Al quran sumber utama kpd sains?

Sempadan diantara dua lautan

Menurut Dr William W. hay, profesor sains Geologi di Universiti Colorado, Boulder USA dalam tahun 1942, setelah ratusan pusat penyelidikan marin telah dibina lalu mereka telah menemui terdapat suatu sempadan diantara laut Mediteranean dan lautan Atlantik. Pertembungan kedua lautan ini jelas ada perbezaan dari segi kemasinannya, suhu, ketumpatan dan warna. Pembahagian sempadan ini ditemui hanya melalui kajian dan peneyelidikan sains dan teknologi.

Lihat apa kata Al-Quran

" Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing masing "

Surah Ar-Rahmaan : 19 -20